Zarania Beauty merupakan salah satu produk dibawah Perwanza Properties & Trading Sdn Bhd. Setelah hampir 2 dekad berkecimpung dalam produk kecantikan dan penjagaan diri, pengasas produk Natasya iaitu Datin Hajjah Muniroh Bt Kassim dan Dato Haji Suhaimy mendapat idea untuk membuat produk kosmetik. Menurut beliau, ini mungkin produk terakhir yang akan dihasilkan olehnya. Pada awal tahun 2019, Dato Haji Suhaimy mendapat idea untuk membuat produk kosmetik dengan menggunakan jenama Zahrah Rania sempena nama salah seorang cucunya.